Kemudahan awam lain Kota_Kinabalu

Bangunan Kompleks Kerajaan Persekutuan Malaysia cawangan negeri Sabah, menempatkan pelbagai jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

Mahkamah undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang

Mahkamah Kota Kinabalu.

Kompleks Mahkamah pada ketika ini terletak di sepanjang Jalan Tugu.[75] Ia merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen, dan Mahkamah Majistret.[76]

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah terletak di Kepayan. Terdapat dua ibu pejabat daerah di bandar, iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu yang terletak di Karamunsing, dan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang. Kedua-duanya beroperasi sebagai balai polis. Balai polis yang lain boleh ditemui di KKIA, Tanjung Aru, Putatan, dan Menggatal manakala Pondok Polis boleh ditemui di kawasan Luyang, Likas, Telipok, dan Babagon.[77]

Ibu pejabat polis trafik di bandar ini terletak di sepanjang Lorong Dewan berdekatan Gaya Street, dan ibu pejabat polis marin terletak berhampiran terminal feri berdekatan Jalan Tun Razak.

Penjara Kota Kinabalu terletak di Kepayan.[78] Lokap sementara atau sel-sel penjara juga terdapat di balai-balai polis di sekitar bandar.

Penjagaan Kesihatan

Hospital Queen Elizabeth.

Terdapat tiga hospital dan satu klinik awam di Kota Kinabalu.[79] Hospital Queen Elizabeth, terletak di sepanjang Jalan Penampang dan ia merupakan hospital awam yang terbesar di Sabah dengan mempunyai sebanyak 589 katil.[80] Dibina pada tahun 1957, ia adalah pusat penjagaan kesihatan yang paling penting di bandar dan merupakan salah satu daripada tiga hospital umum di Sabah. Hospital lain adalah Hospital Pakar Likas (Likas Specialist Hospital). Hospital Mesra Bukit Padang (Bukit Padang Mental Hospital), yang dibuka pada tahun 1971, menyediakan perkhidmatan psikiatri bagi negeri Sabah. Klinik Kesihatan Luyang terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar.

Pusat Perubatan Sabah di Luyang ialah hospital swasta yang terbesar di Sabah dengan mempunyai 134 katil. Sebagai tambahan, bandar ini juga mempunyai dua pusat perubatan swasta antaranya ialah Pusat Pakar Damai dengan 56 katil[81] dan Pusat Kesihatan Rafflesia dengan 14 katil.[82]

Pendidikan

Bangunan Canselor UMS.

Universiti

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan universiti yang terbesar di Sabah dan diasaskan pada tahun 1994. Kampus utamanya terletak di sebidang tanah seluas 999-ekar (4.04 km2) di atas bukit yang menghadap Laut China Selatan di Teluk Sepanggar, kira-kira 10 kilometer di utara pusat bandar. Ia juga mempunyai kampus cawangan di Labuan dan dianggap sebagai salah satu universiti yang paling cantik di Malaysia.[83][84] Universiti tertua di Sabah adalah Universiti Teknologi MARA Sabah yang telah diasaskan oleh UiTM dan Yayasan Sabah pada tahun 1973. Universiti ini telah disahkan oleh dewan bandaraya Kota Kinabalu sebagai universiti bebas sampah.[85] Terdapat juga beberapa kolej swasta seperti Universiti Tun Abdul Razak, Kolej Antarabangsa AlmaCrest, Kolej INTI, Kolej Komersial Kinabalu, dan Kolej Informatik. Kolej Awam Tunku Abdul Rahman juga boleh didapati di kawasan Donggongon. Ramai penduduk yang kaya menghantar anak-anak mereka ke luar negara sama ada untuk meneruskan pendidikan menengah atau pengajian tinggi.

Bangunan Perpustakaan Negeri Sabah.

Perpustakaan

Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah terletak di Jalan Penampang dan merupakan perpustakaan terbesar di negeri ini. Perpustakaan-perpustakaan awam lain termasuk Perpustakaan Bandaraya Kota Kinabalu, Perpustakaan Cawangan Penampang dan Perpustakaan Kampung Menggatal. Semua perpustakaan ini dikendalikan oleh Jabatan Perpustakaan Negeri Sabah.[86] Selain itu, perpustakaan juga boleh didapati di sekolah-sekolah, kolej, atau kampus universiti.[79]

Rujukan

WikiPedia: Kota_Kinabalu ftp://ftp.atdd.noaa.gov/pub/GCOS/WMO-Normals/TABLE... http://www.smh.com.au/articles/2007/10/26/11929413... http://www.dfat.gov.au/missions/countries/myko.htm... http://www.dva.gov.au/commems_oawg/OAWG/war_memori... http://www.financeminister.gov.au/biography.html http://www.rockingham.wa.gov.au/Council/Latest-New... http://www.bt.com.bn/golden-legacy/2011/01/10/hist... http://www.abcsabah.com/index.php/kota-kinabalu/ http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-3005275... http://en.allmetsat.com/climate/philippines.php?co...